Pages

05 November 2009

Melihat Aura Secara Percuma

AURA Ramai orang sebut perkataan aura tapi ape ke bende nye aura te? Bagi orang kampung macam koi ni tentulah asing bunyinya apatah lagi tahu makna aura te....

Kalau tak silap koi perkataan aura ni mula popular dikalangan masyarakat kita pada awal tahun 2000. Masa tu dah ada buku yang menceritakan atau menerangkan berkenaan aura.

Selain daripada itu ada pula syarikat atau pembuat alat kosmetik yang bubuh (letak)nama kosmetik mereka dengan nama aura.... Tak lama lepas ada pulok penapis air yang bernama aura. terbaru ni koi terserempok pulok dengan syarikat minyak wangi yang bubuh nama aura jugek. Lepas ni ada orang bubuh nama anak mereka dengan nama aura agoknya. Ye lah tak pade hae nak bubuh dimana pun , bukan nya bende tk elok, benda molek....

Pendekkan cerita salah satu buku yang pernah koi baca ada citer tentang aura ni, malah menurut penulis buku ni , aura ni bloeh dilihat dan dia menunjukkan caracara bagaimana jika kita nak nengok aura kita sendiri....Tanpa mengeluarkan duit sesen pun.

Menurut buku yang koi baca te , aura ialah tujuh lapisan warna yang mengitari tubuh setiap orang, selagi namanya maknusia. Dulu susah nak percaya bila orang citer tentang aura sebab kita tak nampak, tapi ingat!! bukan semua benda yang kita tak nampak tu tak ada. Banyak benda yang kita tak nampak tapi ada!! Contohnya ...Angin.

Mengkala nak senang nengok aura pegi je kekedai jual crystal yang ada kamera khas yang boleh ambil gambar kita dan boleh nampak aura sekali dalam gambar te. Tapi harganya agak mahal kerana sekali shot RM150 (lebih baik simpan duit te buat beli keperluan.......1 PENGGUNA 1 SUARA)

Yang koi kata boleh nengok aura secara percuma tu gini caranya, semoleknya dinding rumah kita tu bercat warna putih , dinding batu. Dapatkan cermin muka yang besar kalau boleh boleh nampak satu badan tapi kalo tak ada nampok separuh badan pun boleh juga. Letakkan cermin tu tengka (jarak) 5-6 kaki drp badan kita. Kita ngadap cermin te dgn berlatar belakangkan dinding yang bercat putih tadi.

Kalo betoi semenya aokme akan dapat nengok muka aok dalam cermin dan kawasan sekitarnya, ha.. sebab te nak kan cermin besar, bukan yang nampok biji mata je.
Seloknya buat sorang diri je, lepas mandi dah solat dah sarapan dah siap nak pegi kerja bagi yang berkerja maknanya dalam smart dan mood yang okey, alright.
Satu lagi lampu jangan warna kuning. Cahaya daripada lampu kalimantang adalah yang terbaik.

Sekarang berdiri depan cermin tenung muka aok , tarik nafas pada kiraan 7 (tarik nafas 7 saat, tahan nafas 7 saat dan lepas nafas 7 saat)

Mengkala betoi caranya dan rezeki aok ada dapatlah aok nengok warna yang melingkari dibahagian kepala aok....Ketnya warna tu menjelma kejap je, sebab ia bergantung pada mood aok sendiri. Kalo percubaan pertama gagal cuba lagi , besok buat lagi.

Sebenornya boleh buat bilabila masa tak semestinya pagi. Cuma bagaimana aok mengawal nafas, perasaan dan mood yang membezakan.........Selamat menengok warna aura tanpa membayar sesen pun.

Sedikit definasinya;
Warna ungu semangat tinggi
Warna biru tua minda positif
Warna biru laut dalam kepintaran
Warna hijau dalam ketenangan
Warna kuning dalam bahagia
Warna oren aktif
Warna merah edang sakit, kot hatinya,kot kepalanya atau mungkin juga jiwanya.

Ha... tu je lah serba sikit citer aura, mengkala ada rodong yang ingin mencuba silakan , bukannya payoh ngat........Citer tokki ah tong nak datang te nanti lain kali koi sambung.


9w2rby _ _ ... ..._ _
73

5 comments:

Fadh Rahman said...

bagus embong, berkongsi ilmu dan pengalaman...buat kome generasi muda nie...

Firdaus Kerayong CW said...

perh.. bbaguh ni nanti la koi terai buat.. terima kasih kok bi kerana emboh ngongsikan idea idea yang berilmu gini kepada kome ni..

koi rasa koi sokmo ternampak aura hitam di cermin.? jenggggg hehehe takda la

mazru said...

bagus ni ma,bole la ko try..tp dgn cara zikrullah sambil main nafas pun boleh nampak aura ni...wallahua'lam..koi pernah try nampak je aura tu kuor masuk

bikrayong said...

mazru yg ma tau aura te dia tak kuar masuk, dia hanya melingkari kawasan atas kepala (warna )saja. kalo dgn zikrullah tu ada cara lain lah pulok.

Firdaus jangan nakutkan ma gitu!!!

Fadh aok pun boleh cuba, mesti boleh punya...

Maza said...

Ahye, kaler dinding warne lain la pulook.. hehehe...

Good info. Boleh terai.