Pages

29 June 2009

Projek botol air homebrew 9w2rby untok 9w2frd

Tu dia hidration bag dengan botol air biasa.
Tebuk lubang pada penutup botol dan masuk kan paip penyedut dlm lubang yg ditebuk. kalau boleh buat satu getah sebagai gasket untuk menghalang air terkeluar dari kesan tebukkan
Siap.. Simple, dan boleh test goncang tengok ada leaking ke tak
Pastu masuk dalam bag dia. mesti ngam punya laa
Ok dah siap so boleh la anok kome te mengayuh dengan bekas air ada paip yg baru.. mesti dia tekejut nanti heheheheh! thanks semua!!!

P/S jangan la pelik pulak nampok sangei(tudung saji) te. al maklum la.. suri rumah kan..


Assalammualaikum rodong rodong kome semua.. hehe saja la harini nak share idea botol air homebrew ni. (hidration bag) taktau la betul ke tak ejaan tu. biasa nya bag-bag jenis ni. dipakai oleh orang hiking(mendaki gunung) atau berbasikal. Dalam bag tu biasanya ada sejenis material getah yg boleh isi air lebih kurang 1.5ml keatas la agoknye.

Punca kome tepikir nak buat mende ni ialah disebab kan kome tengok 9w2frd punye hidration bag tu dah bocor. jadi kome nampok dia sidai kat peti ais dalam umah kome. so nampok sangat la dia takpakai dah, jadi si 9w2frd pun bawok la botol air isi dalam bag dia tu. (tak cekap betul dia tu) hehehe.

So hidration bag ni dia akan ada satu paip getah yg menyambung dari bekas air ke mulut, jadi ketika aokme belari ke ngayuh besiko ke. takyoh la nak bukak penutup botol te. so sedut jek kat paip dia te, kan mudoh.. dak? haaa..

Jadi bila kome nengok ketidakecekapan si 9w2frd ni yg dah takreti nak guna inisiatif lain. kome pun pikir pikir idea untuk ganti hidration bag dia yg dah bocow te.

Sila refer cecara di atas:

73s
de 9w2rby

28 June 2009

CUCU KOME LAGI

Mohd Fakrullah B. M.Mazafadirullah (9w2aza)


Haa salam semua Rodong. ni la sorang lagi buah hati pengarang jantung tok dan wan ni lah, cucu yang saya cakap tu. Harmonic kepada 9w2aza Maza.

Fakrul nama dia.. gambo dia ni tengoh mancing ikan haruan, gambo di snap di Pekan Pahang.
sekado nak berkongsi dengan Aokme ok

73s
de 9w2rby

27 June 2009

cucu kome


ni lah gambor cucu kome ika dn nain harmonik kepada 9m2mzr.buah hati pengarang jantung wan ngan aki. cucu yg sorang lagi tu , harmonik 9w2aza tak ada lagi gambo nya. nnti bila dpt gambo dia akan diupload kan disini.

Siapa rosli bin yunus

Semasa saya menaip callsign saya di web search google saya terkejut kerana ade hamba Allah yg bernama Rosli Bin yunus menggunakan callsign saya,sila tuan-puan membuat semakan dengan menaip callsign saya di google dan lihat keputusannya.

saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan di atas perkara ini.

Terima kasih

Selamat Datang ke Blog Saya 9w2rby


Asalamualaikum..

Sudah empat tahun saya bergelar radio ham di Malaysia,dan ini adalah kali pertamanya saya mendirikan sebuah blog di atas nama saya sendiri,Alhamdulillah dengan bantuan anak sulong iaitu 9m2mzr(mazru) saya akhirnya berjaya melakukannya.


Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Kerayong.Seperti yg anda lihat di gambar itu sy berada di sebelah kiri gambar tersebut(yg paling comel) dan disebelh kanan pula ialah 9w2hta(hanita)iaitu adik kandung saya sendiri.Manakala lelaki hensem yg berdiri di belakang saya itu adalah ayah saya iaitu Hj Jemain bin Denan dan di sebelah nye pula adalah Arwah aki saya iaitu Hj Denan bin Mamat,dan yg sedang duduk memeluk saya ialah arwah nenek saya iaitu Hajah Timah Bt Ali manakala di sebelahnyye pula dan yg paling jelita sekali disitu adalah ibu saya Hajah Kamariah.


Mungkin ini adalah permulaan utk blog saya,saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah disini dan selalu selalulah menjenguk blog saya ini.
Buat semua rakan ham...jumpe dan jumpa lagi dari saya dan 73.