01 January 2010

Selamat menyambut tahun baru

Selamat menyambut tahun 2010 kepada semua rodong-rodong. Biasanya bila masuk tahun baru , kita ada azam baru, kali ni mende pulok azam kite yek?

Mcm koi biasalah, sokmo berdoa semuga tahun ini akan lebih baik drp tahun 2009. Selamat sejahtera dan sihat sejahtera kome seisi keluarga. Untuk anak-anak koi Mazru Maza Firdaus Marina Zana , ma sentiasa mendoakan kesejahteraan aok me , semuga berjaya didunia dan diakhirat.

Untuk suami yang dikasihi semuga kita dapat mengharungi gelombang kehidupan ini dengan penuh ketenangan dan penuh tawakkal. Koi bangga dengan ketabahan aok dan segalanya akan dapat kita realisasikan INSYAALAH.

Cucu-cucu wan yang dikasihi aokme kenit ngat lagi untuk mengerti kan perjuangan hidup ni!! Keknya wan yakin dengan bimbingan mok ayoh aokme , aok seme akan menjadi orang yang berjaya bila besor nanti.

Biasakan diri aokme supaya jadi orang beguna untuk keluarga agama bangsa dan negara..... Bior jadi orang yang menyanangkan orang lain jangan jadi orang yang menyusohkan orang lain...
Kehadiran kita dinanti-nanti dan ketiadaan kita dicari-cari.

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

9w2rby 7 3.

22 December 2009

NASI LEMAK vs SALAD

Masuk ari ni dah dekat 2 bulan koi meninggalkan hobi koi yang amat koi cintai iaitu membaca buku dan dah 2 bulan lebih koi tak menjejakkan kaki koi kekedai buku kegemaran koi te... Popular, MBH,Kinokunia dll.

Bukan kerana koi nak tinggalkan hobi koi te , keknya masa ni jadual harian koi ada perubahan. Selain daripada tugas-tugas rasmi koi sebagai pemantau rumahtangga 24 jam, koi turut membantu bisnes mok ngan adik koi didepan rumoh.....

Nak kata warung bukan warung , nok kata gerai bukan gerai , nok kata restoran lagilah dok nya... Koi kenan menyebutnya 'cafe' . Cafe yang berkonsepkan suasana dalam kebun...
Sebabnya meja tempat makan pelanggan diletokkan dibawah pokok buluh dan pokok mempelam, hah santai gituuuu......

Productnya makanan utama rakyat Malaysia , nasi lemak dan roti canai ditambah dengan minumannya teh tarik!!!!!


Dari segi kesihatan memanglah tidak molek tiap-tiap ari makan nasi lemak dan roti canai tapi mende tu jek lah yang kome jual, Rata-rata pelanggan yang datang 70% orang yang sama setiap hari, selebihnya pelanggan baru bersilih ganti.
Terpikir dalam ati koi, deme ni tak jemu ke makan makanan yang sama setiap ari.

Koi membayangkan dalam minda koi, mengkala nak jaga kesihatan koi tak endok jual nasi lemak. Koi membayangkan kalo koi buka kedai jual salad sayur-sayuran dengan sandwich, rasanya tak jenguk dek orang cafe kome ni....

Keknya nak gonekan kita lebih utamakan nafsu makan daripada menjaga kesihatan. Kebanyakkan daripada kita lebih mementingkan rasa enak dalam makanan yang kita makan daripada memikirkan apakah zat atau khasiat yang terdapat dalam makanan kita itu.


Baru-baru ni Menteri PDNKK Dato' Sri Ismail Sabri telah melancarkan kempen mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman(1 PENGGUNA 1SUARA) Satu langkah yang baik daripada kerajaan, untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan dan seterusnya mencegah daripada penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi.

Walaupun telah ramai menyedarinya tapi masih ada lagi golongan masyarakat yang masih tak berapa cakna dengan pekara ini.

Apa pun kempen yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, tapi yang nak menjayakan sesuatu kempen itu ialah diri kita sendiri..... Kita harus sedar pekara ini.....
Jika kita tidak ambil peduli , yang rugi diri kita sendiri , bagaimana suatu hari nanti negara kita dipenuhi dengan rakyat yang dipotong kaki akibat diabetes?....Renung-renungkanlah.
Setiap dari kita harus ada kesedaran "Mencegah lebih baik daripada mengubati"


Sepatutnya koi tak bincangkan perkara ni sebab koi pun terlibat dalam bisnes nasi lemak, tapi atas sebab kesedaran sendiri, pandai-pandailah menjaga makan , lepas makan makanan yang tinggi kabohidratnya bakarlah ia supaya lemak bertukar menjadi tenaga... barulah kesihatan boleh menten. Kepada rodong-rodong dan pelanggan koi yang dihormati terima kasih atas sokongan aokme selama ini.........


Drp 9w2rby 7 3

03 December 2009

BERAMBI DI LEBUH......

Berambi dilebuh te maknanya berhati hati dijalan raya. Perkataan itulah yang sokmo koi gunakan kepada anok anok suami sedara mara yang nok pegi mengkoner(kemana) je lah asalkan melalui jalan raya. Begitu jugalah jika koi berQSO dengan rakan ham yang sedang bermobil walau dimana saja mereka berada atau sedang bermobil mobilan dilebuh.

Tambahan pulok sekarang ni musim cuti sekoloh, jadi mok ayoh kebiasaannya akan membawa anok dan keluarga pergi bercuti atau makan angin. Jadi pastikan sentiasa berambi dilebuh demi kesejahteraan keluarga tercinta.

Kemalangan dilebuh yang paling banyok meragut nyawa rakyat Malaysia. Jika diri kita sentiasa beringat dan berwaspada insyaALLAH kemalangan boleh dielakkan disamping sentiasa berdoa kepada ALLAH untuk keselamatan kita semua.

Kepada rodong rodong koi seme nya , selalu ingat ye!! mengkala nok kone te , berambi lah dilebuh.






sampai jumpa lagi...
9w2rby 73

12 November 2009

ROTI CANAI JADI TETEPEK

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini koi terlibat dalam perniagaan makanan walaupun kecil kecilan keknya letih juga weh!

Sebenornya bukan koi buka restoran koi cuma nolong adik koi 9w2ybc buka gerai jual nasi lemak dan roti canai kat tepi jalan depan rumoh mok kome.
Kedai mula beroperasi seawal pukul 6.30 am. Biasanya pukul 10.30 am atau paling lewat pukul 11 .30 am semua makanan habis dijual.

Memandangkan pelanggan bertambah ramai pada setiap hari jadinya koi kena nolong dia tiap tiap hari kecuali hari Jumaat kome tak meniaga.

Dah nak menjadi rezeki .... nasi lemak dan roti canai kome menepati citarasa ramai pelanggan. Pelanggan yang ni kebanyakannya daripada kawasan sekitar, ada juga 'walk in custome'...

Bila dah ramai te karang,kome pun sibuk melayan kehendak pelanggan , ada yang minum dan makan disitu ada juga yang tapau bawa balik, maklumlahkan!! "kastemer is olwe rait"

Bila teringat balik kerenah pelanggan masa mereka datang kegerai kome , ni yang koi teruja nak nulis n3 ni.
Ada pelanggan yang kurang sabar, ada yang cepat merajuk ada yang sporting, ada juga yang lucu.
Ada sorang pelanggan te, dia nk makan roti canai, dia kata "Koi nok tetepek" mujorlah koi cepat dapat tangkap mende yang dia maksudkan 'tetepek' te..... Ada juga yang gelor lempeng. Hmmmm.. bebage weh!!

Walau benggoner lah kerenah pelanggan ni tapi kome tetap tersenyum melayan demer. Bagi diri koi pulok koi selalu beranggapan gini... mengkala nak dapat pelanggan yng baik peniaga kena lah jadi peniaga yang baik juga baru ngam!

Satu lagi yang pentingnya peniaga terutama peniaga kedai makan , janganlah meletakkan harga makanan sesuka hati, nampak je kedai dah ramai pelanggan mulalah nak menaikkan harga, itu satu perkara yang patut kita elakkan. (1 PENGGUNA 1 SUARA)

Gitu juga dalam masa kita berkerja, apaapa kerjalah. Mengkala buat kerja biarlah dengan hati yang ikhlas, sabar, suka hati dan rasa senang barulah apa saja yang dibuat akan menjadi mudah dan senang, kerja berat menjadi ringan. Itu yang selalu koi ingatkan kepada diri koi keluarga koi dan anakanak koi juga.

Keknya mengkala buat kerja dengan rusuh, muka berkerut, marah, bibir muncong sampai boleh dibuat tempat menggantung baju, alamatlah kerja yang dibuat akan menjadi susoh.
Macamana berkerutnya muka aok te , ha gitulah berkerutnya kerja yang dibuat, mungkin terus tak menjadi.

Ini memang betul, diambil daripada pengalaman koi sendiri. Kalo buat sesuatu kerja dengan rasa menyampoh memeng kerja yang dibuat tak menjadi atau kalo jadi pun tak sempurna.


Fikirkanlah renungkanlah, ambil iktibar , teladan dan pengalaman serta terjemahkan jadi motivasi diri sendiri(untuk anakanak koi)

Ceria ceriakan hidup sebab hidup didunia ini tidak lama..........




9w2rby 73

10 November 2009

Dapat cucu lagi


Alhamdulillah pada 2. 11. 2009 pukul 3.18 pm , lahirlah seorang bayi lelaki harmonik kedua kepada 9w2 aza dan 9w2 rzs. Cucu keempat kepada 9w2 rby.

Nampaknya bertambah lagi bilangan ahli keluarga kome!!! Kehadirannya menambahkan lagi kegembiraan kome sekeluarga kome.

Walaupun agak lewat koi ngeposkan berita ni tapi tak pe lah!! ari te tak dan...
Kelihatan dari kiri 9w2 ybc (adik rby) 9w2rby yang pegang baby dan 9w2 waa (adik rby).
Kat atas katil tu ibu baby 9w2 rzs xyl kepada 9w(m)2 aza.
9w2rby. 73

05 November 2009

Melihat Aura Secara Percuma

AURA Ramai orang sebut perkataan aura tapi ape ke bende nye aura te? Bagi orang kampung macam koi ni tentulah asing bunyinya apatah lagi tahu makna aura te....

Kalau tak silap koi perkataan aura ni mula popular dikalangan masyarakat kita pada awal tahun 2000. Masa tu dah ada buku yang menceritakan atau menerangkan berkenaan aura.

Selain daripada itu ada pula syarikat atau pembuat alat kosmetik yang bubuh (letak)nama kosmetik mereka dengan nama aura.... Tak lama lepas ada pulok penapis air yang bernama aura. terbaru ni koi terserempok pulok dengan syarikat minyak wangi yang bubuh nama aura jugek. Lepas ni ada orang bubuh nama anak mereka dengan nama aura agoknya. Ye lah tak pade hae nak bubuh dimana pun , bukan nya bende tk elok, benda molek....

Pendekkan cerita salah satu buku yang pernah koi baca ada citer tentang aura ni, malah menurut penulis buku ni , aura ni bloeh dilihat dan dia menunjukkan caracara bagaimana jika kita nak nengok aura kita sendiri....Tanpa mengeluarkan duit sesen pun.

Menurut buku yang koi baca te , aura ialah tujuh lapisan warna yang mengitari tubuh setiap orang, selagi namanya maknusia. Dulu susah nak percaya bila orang citer tentang aura sebab kita tak nampak, tapi ingat!! bukan semua benda yang kita tak nampak tu tak ada. Banyak benda yang kita tak nampak tapi ada!! Contohnya ...Angin.

Mengkala nak senang nengok aura pegi je kekedai jual crystal yang ada kamera khas yang boleh ambil gambar kita dan boleh nampak aura sekali dalam gambar te. Tapi harganya agak mahal kerana sekali shot RM150 (lebih baik simpan duit te buat beli keperluan.......1 PENGGUNA 1 SUARA)

Yang koi kata boleh nengok aura secara percuma tu gini caranya, semoleknya dinding rumah kita tu bercat warna putih , dinding batu. Dapatkan cermin muka yang besar kalau boleh boleh nampak satu badan tapi kalo tak ada nampok separuh badan pun boleh juga. Letakkan cermin tu tengka (jarak) 5-6 kaki drp badan kita. Kita ngadap cermin te dgn berlatar belakangkan dinding yang bercat putih tadi.

Kalo betoi semenya aokme akan dapat nengok muka aok dalam cermin dan kawasan sekitarnya, ha.. sebab te nak kan cermin besar, bukan yang nampok biji mata je.
Seloknya buat sorang diri je, lepas mandi dah solat dah sarapan dah siap nak pegi kerja bagi yang berkerja maknanya dalam smart dan mood yang okey, alright.
Satu lagi lampu jangan warna kuning. Cahaya daripada lampu kalimantang adalah yang terbaik.

Sekarang berdiri depan cermin tenung muka aok , tarik nafas pada kiraan 7 (tarik nafas 7 saat, tahan nafas 7 saat dan lepas nafas 7 saat)

Mengkala betoi caranya dan rezeki aok ada dapatlah aok nengok warna yang melingkari dibahagian kepala aok....Ketnya warna tu menjelma kejap je, sebab ia bergantung pada mood aok sendiri. Kalo percubaan pertama gagal cuba lagi , besok buat lagi.

Sebenornya boleh buat bilabila masa tak semestinya pagi. Cuma bagaimana aok mengawal nafas, perasaan dan mood yang membezakan.........Selamat menengok warna aura tanpa membayar sesen pun.

Sedikit definasinya;
Warna ungu semangat tinggi
Warna biru tua minda positif
Warna biru laut dalam kepintaran
Warna hijau dalam ketenangan
Warna kuning dalam bahagia
Warna oren aktif
Warna merah edang sakit, kot hatinya,kot kepalanya atau mungkin juga jiwanya.

Ha... tu je lah serba sikit citer aura, mengkala ada rodong yang ingin mencuba silakan , bukannya payoh ngat........Citer tokki ah tong nak datang te nanti lain kali koi sambung.


9w2rby _ _ ... ..._ _
73

25 October 2009

TOK KI AH TONG NAK DATANG

Bila melihat mok dan arwah wan sibuk kelakor (buat kerja ) memasak didapur koi dan adik koi 9w2hta pun sibuk juga nak menengok mok dan wan memasak . Mok suruh kome pergi main ditempat lain. "Jangan nok ngaco (mengacau) orang" kata mok.

"Tok ki Ah Tong nak datang " kata wan bila koi nanya( bertanya) kepada dia. Masa tu umur koi dalam lingkungan 6-7 tahun dan adik koi lebih kurang 4-5 tahun. Maka reti lah (fahamlah) kome seseorang yang istimewa akan datang kerumah kome (masa tu kome masih lagi tinggal sebumbung dengan arwah aki dan wan)

Tak berapa lama lepas tu, datanglah orang yang dimaksudkan oleh wan dengan panggilan Tokki Ah Tong tadi. Dia datang naik jelopi. Tak tau lah pulok kereta jenis apa yang dia pandu maklumlah masa tu koi kecik lagi untuk mengenali jenis kereta.

Ini bukanlah kali pertama orang tu datang kerumoh kome, dah kerap dah mereka datang. Selalunya dia datang berdua atau bertiga. Tapi yang paling kerap sekali datang bersama orang itu ialah Pakcik Ah Kaw. Setiap kali mereka datang mereka akan makan nasi (makan tengahari) dirumoh kome. Arwah wan dengan mok akan sibuk memasok lauk yang sedapsedap bila tau mereka nak datang.

Koi masih dapat bayangkan lagi baju yang orang( Tokki Ah Tong) tu pakai. Baju dia berwarna hitam lengan panjang , seluar panjang gedoboh(longgar) dan didalam baju hitam dia tu ( butangnya tidak dilekatkan) ada baju warna putih lagi. Tapi baju Pakcik Ah Kaw biasa je.

Bila sampai masa makan kome akan makan sekali(bersama) aki, wan, mok ayah, dan kome dua berdik. Lepas makan Tokki Ah Tong , Pakcik Ah Kaw dan aki akan berborok(berbual) disorong (anjung) Sampailah menjelang petang baru lah mereka pulang. Yang koi tau rumoh mereka diBahau. Kerana aki dan wan selalu bawa kome kerumah Tokki Ah Tong disana.

Tetapi siapakah mereka itu ? Ngapa mereka selaludatang kerumoh kome? Ngapa wan selalu membahasakan orang tu sebagai Tokki Ah Tong kepada kome? Tapi bila koi tanya mok siapa orang tu? Mok kata "Orang tu rodong aki"....... Cuma yang koi tau yang orang itu ialah orang CINA.........



BERSAMBUNG......