Pages

16 July 2010

ALEXANDER BUKAN GAY

Apabila membaca buku Alexander Adalah Zulqarnain , salah satu drp tajuk didalam buku tersebut menurut penulisnya ialah ALEXANDER BUKAN GAY.

Ianya menarik perhatian koi , lalu koi nak kongsikan bersama rodong-rodong . Bagi yang telah membaca buku ini dah tahu lah, bagi yang belum membaca lagi , kat sini koi salinkan apa yang diperkatakan dalam bab tersebut. sebelum meneruskannya, nama penulis buku ini ialah Muhammad Alexander (Penulis Nasional Bestseller YAKJUJ & MAKJUJ)


ALEXANDER BUKAN GAY

Apabila pembaca menonton filem Alexander the great yang diarahkan oleh Barat, pembaca tentu menganggap Alexander adalah gay. Gambaran yang salah berkenaan Alexander ini disebabkan kekotoran fikiran bangsa Barat yang sudah lama dicemari penyakit sosial. Didunia Barat , gaya hidup gay sudah menjadi budaya. Apabila mereka melihat dua orang dua orang lelaki sering berdua-duaan dan berpegangan tangan, kedua-duanya dianggap sebagai pasangan gay. Ini menunjukkan betapa rosaknya pola pemikiran mereka. Menurut logik itu , jika saya mempunyai sahabat lelaki dan kemudiannya berjalan berdua dengan sahabat saya di Eropah ataupun Amerika Syarikat, pasti orang tempatan menganggap saya dan sahabat saya adalah pasangan gay.


Sebaliknya apabila saya dan sahabat saya berjalan berdua di Kuala Lumpur, pasti orang tidak akan memandang negatif.Ini kerana minda masyarakat kita masih bersih dan belum tercemar sebagaimana orang Barat.

Inilah sebenarnya berlakupada Alexander. Menurut sejarah, Alexander mempunyai sahabat bernama Hephaistion. Malah Alexander melantik Hephaistion sebagai salah seorang jeneralnya.

Plutarch (120M) menyatakan semasa Alexander dan angkatan perangnya sampai di Ecbatania , Media, Hephaistion meninggal dunia. Peristiwa itu menyebabkan Alexander menangis kesedihan.

Alexander kemudian mengadakan upacara besar-besaran bagi menghormati sahabatnya. Perhatian Alexander yang berlebihan pada Hephaistion inilah yang kemudiannyaditafsirkan oleh para sarjana Barat moden sebagai petunjuk Alexander adalah gay.

Hakikat Alexander tidak mempunyai anak menguatkan lagi hujah mereka yang mengatakan Alexander adalah gay.Mereka mentafsirkan perkara ini sebagai bukti Alexander tidakmenyukai jantina lain.

Implikasinya pula adalah komuniti gay dunia moden menjadikan Alexander sebagai simbol raja mereka. Memang sesat lagi menyesatkan.

Sebenarnya Alexander the Great mempunyai anak. Antaranya adalah anak hasil perkahwinannya dengan Roxana dari Sogdian diAsia Tengah. Plutarch(120M) menyatakan Alexander mempunyai anak daripada isterinya yang bernama Roxana. Namun, Roxana dan anaknya dibunuh oleh Stateira, anak Darius III yang juga salah seorang daripada isteri Alexander.

Keadaan sosiopolitik pasca kematian Alexander menyebabkan anak-anak Alexander yang masih kecil dibunuh oleh para jeneral yang menggantikan Alexander.
Para jeneral penggantiAlexander itu tidak mahu anak-anak Alexander merebut kekuasaan yang mereka miliki. Bertitik tolak daripada sini timbulnya isu Alexander tidak mempunyai anak kandung.

Tetapi adakah hanya kerana dua alasan ini maka Alexander dianggap sebagai gay?


1. Alasan pertama adalah hakikat Alexander menangisi kematian sahabatnya.

2.Alasan kedua adalah Alexander dianggap tidak mempunyai anak.

Dua perkara inil adalah kesalahan yang besar . Terdapat ungkapan indah dalam al-Quran iaitu "Daripada pohon yang baik akan keluar buah yang baik." Begitu juga sebaliknya iaitu, "Daripada pohon yang buruk akan keluar yang buruk pula."

Inilah ungkapan indah dalam al-Quran berkenaan orang yang beriman . Mereka dilambangkan dengan perkataan , 'pohon yang baik'. Pohon yang menghasilkan pelbagai kebaikan.




Sekian untuk kali ini..

9w2rby 73

14 July 2010

ASSALAMUALAIKUM.

Sejak daripada bulan April yang lalu koi (saya) tidak mengupdetkan blog koi ini, namun jauh disudut hati koi masih sayangkannya... maklum lah disini lah pertama kali dalam hidup koi, koi mengabdikan rasa hati dan perasaan koi yang selama ini hanya koi jek yang tahu goner rasanya....


Oleh kerana koi ni seorang yang biasa je, jadi tak ada apa cerita yang menarik sangat yang nak koi kongsikan bersama rodong-rodong yang sudi menjenguk blog koi ini.


Oleh yang demikian, cerita yang koi nak kongsikan bersama rodong-rodong pada hari -hari esok lusa tulat tubing adalah ....CERITA BIASA-BIASA JE...
UNTUK ORANG BIASA-BIASA ...
PADA HARI-HARI BIASA JE..


Koi mengharapkan perhatian atau komen (komen yang membunuh) boleh juga daripada rodong-rodong blogger yang lebih berpengalaman dan lebih berpengetahuan. Semuga kemunculan semula diri koi ini akan berkekalan dan akan bertambah aktif blog koi ini nanti...


Terima kasih kepada blogger Koianakpahang yang banyak membantu dan memberikan khidmat nasihat kepada koi selama ini.


Pada rodong-rodong yang datang menjenguk atau singgah kebikrayong terima kasih yang teramat dari hati yang tulus ikhlas, semuga lepas ni selalulah singgah...


Sampai jumpa lagi SALAM KERODONGAN daripada koi bikrayong.

9w2rby 73.

Posts yg sudah