Pages

13 March 2010

SAMBAL BERUK

Alhamdulillah....kenyang!!





Ari ni kome sekeluarga makan tengahari dengan begitu berselera sekali, maklumlah jarang-jarang dapat makan bersama-sama. Memasing ander hae belaka.



Ari ni koi tamboh satu menu dalam hidangan tengahari iaitu sejenis sambae yang dinamakan sambae 'beruk'...



Jangan terkejut 'beruk' pulak!!! Bukanlah beruk te yang koi ambik, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu dan buat sambae , namanya je 'beruk' , takde kaitan laluuuu dengan 'dia' te!!!



Koi pun pelik juga ngape ia dinamakan sambae 'beruk'...lupa lah pulok koi nak menanya pada orang yang bertanggung jawab mengajor koi cara -cara membuat sambae ni sehingga ia dinamakan begitu rupa.



Mudoh ya amat nak membuat sambae ni, terpulang pada nok ngan tak nok jek. Orang yang bertanggung jawab menunjukkan koi cara membuat sambae ni tak lain tak bukan ialah besan koi juga... Dia ni memang orang yang rajin dan pandai memasak. Mudoh-mudoh je resepi masakannya...keknya sedap rasanya dan menyelerakan.



Pendekkan cerita!!( kalo panjang-panjang nanti aokme malas membacanya)









Cara-cara nak membuat sambae 'beruk'

7-9 biji lada kecik, 3-5 biji bwg merah kedua-duanya digoring hingga layu dan kekuningan.Tomato sederhana besar dipotong kecil-kecil. Sedikit belacan,garam gula. Lada kecik bawang merah ditumbuk dgn lesung batu,bubuh garam gula dan belacan bila dah lumat masukkan tomato lumat-lumatkan bila dah bercampur perahkan air asam limau nipis. mmmmm...

Lepas tu boleh makan , cicah dengan ulam atau dengan ikan goreng pun boleh.. selamat mencuba.

9w2rby ...73....

Posts yg sudah