Pages

28 July 2009

Lawatan ke Kelantan

Pengerusi JKPD Bera menyampaikan cenderahati kepada Pegawai PUSPEN Wanita bachok
Pendengar taklimat yang diberikan oleh Pegawai di Pusat tersebut

Kome sempat juga melawat ke kilang membuat kain tenun cara moden menggunakan mesin.


Turut serta dalam lawatan kome dari kiri: Asmah,Salina,Maznah



Melihat projek ternakan ikan keli kanvas oleh peserta di AADK Kota Bharu



Pada 24, 25 , 26 julai bebaru ni koi bersama rodong drp AADK Bera dan JKPD Bera mengadakan lawatan k sambil belajar ke Kelantan.
AADK(Agensi Anti Dadah Kebangsaan) JKPD (JawatanKuasa Pemulihan Dadah)
Pertamatama koi mengucap syukur kpd ALLAH kerana dgn izin Nya perjalanan kome kesana selamat pergi dan balik.
Tempat tempat yang kome lawati ialah pada hari pertama ke Pusat Khidmat AADK Daerah Kota Bharu dan selepas tu pergi ke Pusat Ujian Urin di Pengkalan Kubor.

Pada hari tu selepas mendengar taklimat drp pegawai bertugas di kedua2 pusat tersebut kome diberi peluang utk pergi ketempat menyoping Pengkaalan Kubor. bagi koi itulah kali pertama koi sampai kesitu , dulu dengor cite drp rerodong jek. dek kerana terlampau banyok kedai yg menjual bemacammacam bende koi jadi rambang mata tak reti mana satu yang nak di beli. Last2 koi beli buoh mempelam buat makan dlm bas dgn selimut kecik sebab dalam bas kome te sejuk kemain.

Malam te kome menginap di Penuh Inn di WCY(Wakaf Che Yeh) tempat tu memangnya penuh dgn pengunjung. dibawah tempat kome menginap te ada pulok pasar mlm yang diadakan pada setiap malam dan berlarutan hingga subuh. Walaupun riuh rendah dgn bunyi org ramai yg berkunjung dan org meniaga kome tido memengsan dek keletihan.

Hari berikutnya kome melawat kePuspen Wanita Bachok. PUSPEN(Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) .Satu2nya pusat serenti utk wanita diMalaysia dn seluruh Asia Tenggara.
Terdapat seramai 137 org penghuni disitu yg terdiri drp pelbagai kaum yg ada diMalaysia. Penghuni paling tua 60 thn dan paling muda 14thn. begitulah sebagaimana yang disampaikan oleh pegawai yang bertugas kepada kome pada pagi tu. kome juga di beri peluang untuk menemu ramah (penghuni yang terpilih) yang sudah 90% pulih. Melihat mereka hati teringatkan anak dirumah, sedih, kesian ,insaf dan bebagai perasaan timbul dibenak ketika itu. Kome juga sempat melihat hasil kerja tangan penghuni dan seterusnya membeli hasil kerja tangan mereka untuk dijadikan kenangan(lebih kepada nak bersedekah). Tiba waktu makan tengahari kome dijamu dgn nasi. sedapnya lauk , tambahan pula perut tgh lapo.Habis sesi lawatn ke situ , kome pun bersedia utk pulang kePahang.
Mengimbas kembali sesi lawatan ketiga tiga tempat yg kome kunjungi itu ,kome pulang dgn hati yg penuh keinsafan dan kesedaran. Lawatan kome ini sangat besar ertinya bagi diri koi .
Dlm perjalanan pulang koi kerap kali tetido dek keletihan. Menginsafi dari apa yg koi lihat di PUSPEN hati koi berkata dapatkah kita mencapai hasrat Malaysia bebas dadah pada tahun 2015 nnti?INSYAALLAH
Kpd AADK Bera danJKPD Bera koi ucapkan terima kasih.Semuga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan juga keinsafan untuk kita sebagai warga negara yang cintakan tanah air bangsa dan agama untuk sama2 memerangi dadah . Kalo tak kita sape lagi yek.....73

21 July 2009

Majlis Perasmian Pej.MKM dan SKM diLaman Kerayong

Dan pada haritu juga sempat lah Dato' Sri merasa "pengat" yg dapat tempat pertama dalam acara pertandingan kreativiti masakan kategori pengatMelawat gerai pertandingan kreativiti masakan


___________________________________________________________________



Sempena perasmian Pej. Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan daerah Bera pada 12hb July 2009 oleh YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob maka bertambahlah satu lagi kemudahan dan pejabat bagi warga Bera untuk memudahkan urusan yang berkaitan dgn urusan kehidupan seharian, tambahan pula bila disebut pengguna ia melibatkan semua . Dari bayi yang baru lahir hingga ke warga tua namanya adalah pengguna. koi tak nak mengulas lebih lanjut hal pengguna ni sbb kita sedia maklum kita pun sebagai pengguna juga , kita samasama reti. Walaupun berita ni agak lewat tapi bagi koi tidaklah begitu terlambat untuk dikonngsi bersama. Bukan surat kabor ye dak.
oh ye (MKM) Maktab Kerjasama Malaysia Wilayah Timur ada di Simpang Kerayong.
Satu lagi Pej. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Bera ada di Simpang Kerayong tu . Bertuah nya orang didaerah Bera , semua kemudahan ada disitu.
Teringat cakap arwah aki koi dulu, "Kerayong ni esok jadi bandor, zaman aokme lah, aki tak dan dah" betul kata aki , ni lah kenyataan nya. Satu lagi arwah kata "Kerayong ngan Triang ni esok akan bercantum" ye lah sekarang dah jadi kenyataan.

09 July 2009

Embun jadi Embong

Mengikut loghat org kerayong (kg koi ) kebiasaan nya jika sesuatu perkataan itu ejaannya diakhiri dgn huruf "N" perkataan itu akan jadi "NG"apabila menyebutnya. Contoh "Embun" akan jadi "Embung"dan "Kebun" jadi "Kebung".
Begitulah yang terjadi kpd perkataan embun jadi embung.... Nak tau cite nya?
Gini.... Koi ni adalah anak sulung pompuan dlm kuarga koi, gelaran bagi anak pompuan sulung ialah embun bagi kome orang kerayong. Masa koi kecik dulu, seme sepupu sepupu koi (yg lebih muda drp koi) gelor (panggil) koi embun bi...! Ha...sebab itu lah Fahd gelor koi dgn panggilan embung bi.(Terima kasih Fahd kerana selalu melawat blog koi)
Gelaran embun bi ini berlarutan hingga kini , keknya bila koi kawin ipor lame semenya ngelor koi akok. Jadi gelaran embun bi tu agak tenggelam sikit. Cuma bila berjumpa dgn pupu pupu (my cousin)koi terutama sebelah pak tam Jemain barulah keluor balik perkataan embun bi tu.
Masa FRD bebudok lagi ari te dia maroh sangat kalo ada yang ngelor koi embung bi...... Sebabnya ia tak pernoh dengor perkataan tu . "Jangan panggil embun, panggil akak" dia kata pada orang yang ngelor koi embung tu, setelah koi kabo ngan dia barulah dia reti(faham)
Kenangan dimasa kecik dulu memang indah, bermain, berkelahi,mandi dikonggret(anak sunge diPaya Pagar) mengaji Quran dimadrasah dgn ustaz Uyub dan bebage lagi kenangan koi bersama pupupupu dan rerodong koi masa tu.
Alhamdulillah Allah pinjamkan umur koi hingga kini dapat koi melihat anaknak dan cucucucu membeso dan mengkat dewasa. Semuga deme akan bejaya dalam hidup deme dunia dan akhirat
Untuk pupupupu koi walaupun dimana aokme berada "Koi sayang ngat kan aokme" Walaupun tak dapat jumpa selalu , aokme dalam ingatan koi sokmo.

Dengan bercerita kisah lama kenangan dimasa dulu adalah salah satu drp cara untuk menghidupkan kembali neuron atau sel otak kita. Lagi banyak sel yang hidup lagi baguslah ingatan kita. InsyALLAH terhindar drppenyakit lupa , latah dan nyanyuk.
Hingga kita jumpa lagi dalam kisoh yang lain pulok salam sayang untuk semua. 73 bye bye

07 July 2009

Kain cuking aki

Koi masih ingat lagi masa koi kecik dulu, koi selalunya duduk dirumah wan & aki (atuk & nenek). Kirakiranya koi ni ialah cucu kesayangan mereka , mungkin juga kerana koi ni cucu sulung mereka.Kalau teringat balik masa tu terasa sebak didada ni. Kasih sayang mereka pada koi masa tu masih dapat koi rasakan hingga kesaat ini. Semoga rohroh mereka ditempatkan oleh ALLAH bersama roh orang orang yang beriman.
Yang koi nak ceritakan kali ini ialah (tapi sori kali ni tak de gambolah) Aki koi ni , bila dia nak pegi mandi keperigi (masa tu air paip tak de lagi) dia akan bawa atau memakai sehelai kain yang dililitkan dipinggang (macam pakai tuala mandi) Kain tu agak tebal dan keras dan berwarna gelap. Koi tau tu sebab dia sokmo suruh koi tolong ambikkan kain tu yang biasanya sidey kat pelanto. "Tolong ambikkan kain cuking aki te" tok tau pulok daripada mana asey nya nama cuking te. Macam dari negeri China je!.......Kalolah masa tu koi tanya aki ngapa gelo kain cuking, kan senang yek.
Zaman telah berlalu, masa ni orang tak panggil lagi cuking tapi tuala mandi. Tok jumpa dah cuking zaman ni (sebab tu lah koi tak dapat sertakan gambonya)kain cuking tu tiada dalam simpanan kome lagi...Itu je lah secebis kenangan yang masih tersimpan dalam memori hidup koi.
Koi cerite hey ni pun hanya untuk pengetahuan orang orang muda dan anak cucu, supaya jangan nanti perkataan cuking yang pernah digunakan oleh nenek moyang deme dulu tidak hilang begitu saja, kalo tok gunakan pun sekuranngkurangnya masih diingati.
Sebenornya masih banyok lagi perkataan lama yang digunakan oleh orang tua duludulu sedikit demi sedikit telah tidak digunakan lagi oleh generasi masa kini. Apa salahnya jika kita ( yang masih mengetahui) catitkan perkataan lama tersebut bersama maknanya sekali untuk pengethuan generasi masa kini , dengan cara tersebut juga dapat kita menyimpan khazanah nenek moyang kita. KALO BUKAN KITA SAPE LAGI YEK....

02 July 2009

Kisah centong

Aokme gelo mende ni?(anda panggil apa ni)


Masa tengah berehat kat dapur, koi terpandang sebiji koleh yang diperbuat drp stainless steel diatas rak pinggan. Kalau masa kecik dulu , ia dipanggil centong oleh mak dan ayah kome. Centong ni ialah sejenis bekas tempat mengisi air minum yang dibuat drp besi ayan.
Masa dulu mak tok bagi kome adik beradik minum dalam gelas atau cawan yang diperbuat drp kaca "Mudoh pecoh" kata dia. Jadi semua gelas dan cawan disimpan oleh mok dalam lemari. Bila ada tetamu datang je barulah mok keluarkan untuk menjamu tetamu minum.
Mok kome te memanglah cermat orangnya. Dia relalah anok dia minum dalam centong je asalkan cawan dan gelas lawo dia tak pecoh. Yelah masa tu bukan macam zaman ni, masa tu zaman susoh, nak beli pinggan mangkuk pun mehe (mahal). Sebab tu lah mok kome jaga sangat harta benda dia.
Untuk pengetahuan aokme centong ni bukanlah beso seme macam dalam gambar te, ada juga yang keciknya. Masa ni payoh dah nok nengok bende ni , gelas dan cawan plastik pula yang mengambil tempat. Anok anok koi pun tak tau nama benda ni centong....Jadi ha... inilah yang koi nak kongsi bersama kisoh centong ni , supaya deme tau, bila deme(mereka) jumpa kat manamana nanti benda tu dulu nenek moyang deme (mereka) gelo (panggil) centong.

Posts yg sudah