Pages

25 October 2009

TOK KI AH TONG NAK DATANG

Bila melihat mok dan arwah wan sibuk kelakor (buat kerja ) memasak didapur koi dan adik koi 9w2hta pun sibuk juga nak menengok mok dan wan memasak . Mok suruh kome pergi main ditempat lain. "Jangan nok ngaco (mengacau) orang" kata mok.

"Tok ki Ah Tong nak datang " kata wan bila koi nanya( bertanya) kepada dia. Masa tu umur koi dalam lingkungan 6-7 tahun dan adik koi lebih kurang 4-5 tahun. Maka reti lah (fahamlah) kome seseorang yang istimewa akan datang kerumah kome (masa tu kome masih lagi tinggal sebumbung dengan arwah aki dan wan)

Tak berapa lama lepas tu, datanglah orang yang dimaksudkan oleh wan dengan panggilan Tokki Ah Tong tadi. Dia datang naik jelopi. Tak tau lah pulok kereta jenis apa yang dia pandu maklumlah masa tu koi kecik lagi untuk mengenali jenis kereta.

Ini bukanlah kali pertama orang tu datang kerumoh kome, dah kerap dah mereka datang. Selalunya dia datang berdua atau bertiga. Tapi yang paling kerap sekali datang bersama orang itu ialah Pakcik Ah Kaw. Setiap kali mereka datang mereka akan makan nasi (makan tengahari) dirumoh kome. Arwah wan dengan mok akan sibuk memasok lauk yang sedapsedap bila tau mereka nak datang.

Koi masih dapat bayangkan lagi baju yang orang( Tokki Ah Tong) tu pakai. Baju dia berwarna hitam lengan panjang , seluar panjang gedoboh(longgar) dan didalam baju hitam dia tu ( butangnya tidak dilekatkan) ada baju warna putih lagi. Tapi baju Pakcik Ah Kaw biasa je.

Bila sampai masa makan kome akan makan sekali(bersama) aki, wan, mok ayah, dan kome dua berdik. Lepas makan Tokki Ah Tong , Pakcik Ah Kaw dan aki akan berborok(berbual) disorong (anjung) Sampailah menjelang petang baru lah mereka pulang. Yang koi tau rumoh mereka diBahau. Kerana aki dan wan selalu bawa kome kerumah Tokki Ah Tong disana.

Tetapi siapakah mereka itu ? Ngapa mereka selaludatang kerumoh kome? Ngapa wan selalu membahasakan orang tu sebagai Tokki Ah Tong kepada kome? Tapi bila koi tanya mok siapa orang tu? Mok kata "Orang tu rodong aki"....... Cuma yang koi tau yang orang itu ialah orang CINA.........



BERSAMBUNG......

19 October 2009

IKLAN POWER ROOT ALI CAFE

Kalo ada masa koi nengok tv ,kalo tidak koi membaca jek lah apa apa yang patut koi baca. Ket nya dalam masa koi nengok tv te ander lah iklan yang koi tak berkenan ngat!!

Bukannya apa ayat "saya pun nok jadi jutawan jugok" kata pakcik te!!! Pelakun pelakun dlm iklan te semuanya bangsa koi, org Melayu. Tiada Ah Seng tiada Muthusami Koruppiah.

Dalam ati koi berkata "Org Melayu ni digambarkan hanya kuat berangan angan nak jadi kaya hanya dgn cara mudoh" Kerana malas berkerja dan berusaha.
Berimajinasi atau perkataan mudoh difaham ' angan angan' tak menjadi kesalahan ket nya kena disertakan dengan berusaha dan berkerja keras untuk mencapai matlamat nak kaya dan banyak duit.....

Bukan hanya dengan cara beli jenama power root banyok banyok ah!!! ada peluang dapat duit banyok, yang kaya sape??? toke power root!! Mengkala dah gitu sama juga macam beli loteri, makin banyok dibeli makin besar peluang untuk menang!!!!!!!!

Kalo nak beli te beli je lah untuk keperluan harian kita tak ape nye bukan beli kerana nak menang wang berjuta. Mengkala menang itu dikira nasib..... ket nya sampai bila kita nak bergantung pada nasib????

Orang yang tukang buat iklan(bahasa mudoh orang kampung)te pun satu hal, fikirlah sikit sensitiviti orang Melayu. Kalo tak semua orang Melayu pun yang perasan akan hal tu , koi percaya masih ramai lagi orang Melayu di luar sana yang fikir sama macam koi pikir.

Yelah siapalah koi ni yang nak mengomen benda gitu, ket nya itu lah realiti. Apa yang koi ceritekan disini ianya lahir dari jauh nun disudut hati koi. Nak berkata lebih detail lagi tentang hal ni koi tak reti dah , tentunya ada orang yang lebih reti dan pandai diluar sana yang boleh menyambung komen koi berkenaan dgn iklan tersebut.......


73 9w2rby

16 October 2009

KETUPAT CINTA


Selepas tarikh 7hb Oct 2009 dimana koi selesai mengambil ujiankod morse yg baru lalu ,barulah dapat koi merehatkan minda koi drp irama da dit da dit(cw)


Dalam masa seminggu lebih te, sempatlah koi membaca dua buah novel. Salah satu drpnya bertajuk KETUPAT CINTA. Koi beli buku ni masa koi pegi Kelompor dulu(Kuala Lumpur)


Yang buat ati koi tergerok nak melinya(nak membelinya) bukan takat tajuknya saje tapi yg lebih menarik perhatian koi ialah ada gambo batu giling pd kulit buku tersebut.


Koi teringat pulok ke batu gilingyg mok koi selalu guna masa koi bebudok ari te. Nok pulok kalo dekat nak raya, mok koi akan sibuk ngiling rempoh dan bebage benda lagi yang koi sendiri tak kene(kenal) mende yang dia giling. Ketnya(tapinya) masa ni koi tak nampok dah batu giling te, tanya mok, dia pun dah tak ingat dia simpan dimana.
Entoh kone pegi nya bende te!!!!!
Koi bukan apa ,koi nak simpan je benda te, bukan nak guna pun, benda benda gitu ada sentimental baliu bagi koi.
Cerita dlm buku te ok gak. kisoh tukang masok istana dizaman Kesultanan Melaka.
Ada lucu, ada sindiran. Tak ketinggalan juga ada sabda Nabi Muhammad S A W dan juga nas nas dlm AlQuran.
Tapi koi nak ingatkan aokme, kalo baca buku niperut selalu terasa lapor kerana ada resepi lauk pauk dan resepi kuih tradisional yang sedapsedap didlmnya.
Nama penulis buku ni Faizal Tehrani Penerima Anugerah Seni Negara seperti yang tercatat dikult depan buku.Selamat membaca.
Kini bergemalah semula irama da dit da dit dlm rumoh koi. Persiapan awal akan mendatangkan kemudahan untuk memahirkan diri semahir mahirnya bagi menghadapi ujian yang akan datang.
Bagimana mana rodong yang masih endok tak endok je ngambik periksa te koi seru mari lah belajor bersama sama . Sampai jumpa lagi........
drp 9w2rby
_ _ ... ..._ _ (73)

09 October 2009

CW oh CW



Semuanya sudah selamat. Ada yang berjaya - tahniah la koi ucapkan, ada yang tidak - takpe nanti cuba lagi. Koi nampok gayenye kurang bernasib baik kali ni. Tapi takde hal, koi akan lebih tekun berlatih untuk exam tahun depan. Masa masuk dewan arite, memang koi ada rasa yang koi kurang bersedia. Jadi koi takdekla kecewa sangat sebab tak lepas, koi dah agok dah pun.

Insya-Allah, kali ni koi akan pastikan koi dapat menerima dan mengantor dengan takdek masa'aloh. Orang lain boleh, takkan koi tokleh? Adik koi si Azuan 9W2SZA pun kabo dia nok cuba lagi. Si Rudy 9W2REJ dengo dengo cite nok ngambik jugek. Ha molek la gitu. Bagi perabih kuarga-marga koi 9M belake.

Koi memang seronok amat arite, berjalan, jumpa rodong baru, amik exam, makan, makan dan makan. Hehehehe.. Satu pengalaman yang manih untuk koi.

Bagi hok dari jauh, kalau nok gi amik exam CW ni esok, koi nasihatkan datang la sehari awal. Boleh rehat sepenuhnya. Tok la tekejor-kejor, exam tu pukul 10am jadi molekla stay semalam dulu. Bagi orang KL/Selangor takde mende la, hok macang kome-kome ni dari jauh, kena datang awal sehari sebelum. Baru la perjalan rilek dan takdek stress.

Koi ni sebenornya takdek idea sangat dah nak nulih, lagipun pasal CW test ni anok-anok koi dah cover banyok dah. Rujuk-rujuk la kat laman blog deme.