Pages

07 July 2009

Kain cuking aki

Koi masih ingat lagi masa koi kecik dulu, koi selalunya duduk dirumah wan & aki (atuk & nenek). Kirakiranya koi ni ialah cucu kesayangan mereka , mungkin juga kerana koi ni cucu sulung mereka.Kalau teringat balik masa tu terasa sebak didada ni. Kasih sayang mereka pada koi masa tu masih dapat koi rasakan hingga kesaat ini. Semoga rohroh mereka ditempatkan oleh ALLAH bersama roh orang orang yang beriman.
Yang koi nak ceritakan kali ini ialah (tapi sori kali ni tak de gambolah) Aki koi ni , bila dia nak pegi mandi keperigi (masa tu air paip tak de lagi) dia akan bawa atau memakai sehelai kain yang dililitkan dipinggang (macam pakai tuala mandi) Kain tu agak tebal dan keras dan berwarna gelap. Koi tau tu sebab dia sokmo suruh koi tolong ambikkan kain tu yang biasanya sidey kat pelanto. "Tolong ambikkan kain cuking aki te" tok tau pulok daripada mana asey nya nama cuking te. Macam dari negeri China je!.......Kalolah masa tu koi tanya aki ngapa gelo kain cuking, kan senang yek.
Zaman telah berlalu, masa ni orang tak panggil lagi cuking tapi tuala mandi. Tok jumpa dah cuking zaman ni (sebab tu lah koi tak dapat sertakan gambonya)kain cuking tu tiada dalam simpanan kome lagi...Itu je lah secebis kenangan yang masih tersimpan dalam memori hidup koi.
Koi cerite hey ni pun hanya untuk pengetahuan orang orang muda dan anak cucu, supaya jangan nanti perkataan cuking yang pernah digunakan oleh nenek moyang deme dulu tidak hilang begitu saja, kalo tok gunakan pun sekuranngkurangnya masih diingati.
Sebenornya masih banyok lagi perkataan lama yang digunakan oleh orang tua duludulu sedikit demi sedikit telah tidak digunakan lagi oleh generasi masa kini. Apa salahnya jika kita ( yang masih mengetahui) catitkan perkataan lama tersebut bersama maknanya sekali untuk pengethuan generasi masa kini , dengan cara tersebut juga dapat kita menyimpan khazanah nenek moyang kita. KALO BUKAN KITA SAPE LAGI YEK....

4 comments:

mazru said...

cuking?1st time dengo perkataan ni..
perkataan baru bg koi.. thanks kerana sudi berkongsi maklumat berguna ni..cuking..

Fadh Rahman said...

bagus embong citer pasal kain cuking nie utk tatapan generasi kini dan mendatang. teruskanlah nulis citer2 lama.

klau xsilap koi laa, org kelantan pun gunakan perkataan kain cuking tapi rasenyer kain cuking org kelantan nie kain pelikat/batik yang bile dipakai, pemakai nyer akan gulung kain tue sampai paras lutut... lama2 kain tue digulung sampai paras peha...last sekali terselak sampai nampak 'anu'...tue kot dipanggil kain cuking sbb nampak benda tue tercokeng ke atas he he he(maaf klau silap dan berbaur lucah)

Relevan said...

haa..mcm ni wehh..ander juge org dulu2 ..pakai kain cuking sambil makan beskut gebeng minum pula air lemonade..( air lemonade ni ander juge org gelor sbagai air oren Mentakab )

Maza said...

Air oren Mentekab? Hehehe.. kelakor bunyinya tu.

Bila dengor perkataan cuking te, koi terbayang cokeng jek la. Contoh ayat, "Bebaik budok, paku banyok tercokeng kat situ!".

Boleh la start panggey tuala kain cuking lepas ni..