Pages

03 August 2009

tembaga suasa

inilah rupa daun tembaga suasa yg digembargembur kan koi semalam


Tembaga suasa ialah sejenis tumbuhan. Sebagaimana yang telah disebut oleh arwah wan tokki koi dulu mereka menggelor nya "temaga sose" . Dalam istilah sain nya koi tak tau lah pulok. Temaga sose tu mungkin drp perkataan "tembaga suasa"yang telah disebut oleh wan tokki koi dulu. tapi mungkin ditempat lain , lain pulok namanya. Sebenarnya dah lama koi tak ambik perhatian dgn benda ni disebabkan koi dah lama tak jumpa dgnnya. Ruparupanya pokok ni masih lagi ditanam oleh sesetengah orang cuma koi je yang tak nanam pokok ni. Mengimbau kembali pada zaman koi bebudok dulu..... arwah wan selalu ambik daun temaga sose ni iaitu bila aki sakit dlm perut atau kembung atau sakit dibahagian sendi. Wan akan menyapu minyak masak pada daun ni kemudian dia layurkan daun yg telah disapu dgn minyak tu pada api pelita.sehingga daun tersebut menjadi lembut . Bila daun tu lembut ia akan mengeluarkan satu bau yg menusuk hidung. Daun tu pun jadi hitam kena jelaga drp api pelita. Lepas tu daun itu akan ditampalkan pada tempat yg sakit dan dibalut dgn kain pembalut. Biasanya dibuat sebelum masuk tidur.

Kisah daun ni menjelma semula dlm hidup koi apabila....... ni kesoh nya.....
Pd 2hb Ogos yg lalu FRD, AZA, DDI dan beberapa lagi rodong Temerloh pergi mengayuh besiko ke Gunung Senyum. Dlm perjalanan itu lah kaki FRD terseliuh.
Masa balik kerumoh koi nampok FRD berjalan encot je. Dia ceritalah yg kaki dia terseliuh. Koi nampok kaki dia sebelah kiri dah bengkok merening. Langsung tak boleh berpijak, koi sapu dgn minyak angin tapi makin lama makin sakit bengkak pun tak surut juga dan koi tepon MZR , dia pun datang kerumoh nengok FRD. MZR kata boleh kalau nak urut tapi FRD kena tahanlah sikit sebab masa urut nanti memang sakit.FRD tak nok urut takut sakit dia rela lah kaki dia gitu.!!!!!
Koi pgi tanya mok koi, mok kata "balut dgn temaga sose , cepat elok" Bila sebut je perkataan "temaga sose"tu koi teringat pd arwah wan tokki, terbayang semula bentuk daun dan cara wan melayur daun tersebut pada api pelita.....
Mana nak dapat daun tu? Mak kata kat kedai Han di simpang kerayong tu ada pokok tu. Koi bersama FRD dan DDI pun pegi kesitu dan mintok dgn Han daun tu lima lai. Lepas tu kome terus keTemerloh nk cari farmasi kok ada yg buka , nak beli kain pembalut untuk kaki FRD. Sampai diTemerloh mujurlah ada satu farmasi yang belum tutup walaupun hari tu hari minggu dan dah pukul 10 mlm Kome pun cepat2 beli kin pembalut dan dlm perjalanan balik singgah dirumah SZA .
Koi tak buang masa lagi teruslah mengaplikasikan formula tu(macam wan buat) tapi koi layurkan daun tu dgn api dapur gas SXC. Kaki FRD pun dibalut dgn daun temaga sose. Koi nok ngat nengok sejauh mana kesan keatas masaalah yg dihadapi oleh FRD tu. Terima kasih pada SXC yg tolong koi dan jamukan mi ho liao dan air teh pada malam tu. Lepas tu kome balik.
Beberapa jam selepas dibalut dgn daun temaga sose FRD kata rasa sakit pada kaki dia dah beransur kurang. Malah bangun pagi tadi kaki dia dah boleh dibawa berpijak dan bengkaknya pun dah surut sikit.ALHAMDULILLAH mujarab weh.....Dengan izin ALLAH.
Itu je cerita yang nak koi kongsikan dgn aokme pada kali ini. Segala apa yang dijadikan olehALLAH dimuka bumi ni pasti ada gunanya.
Kepada diri koi dan juga rodong2 koi kalo tak de lagi pokok temaga sose kat rumoh kita, eloklah kita tanam sama2....

4 comments:

mazru said...

hmm..bagus jugek daun temaga suase ni,kat kedai han ander pokok tu yek..x pasan pulok koi,eloknye kite tanam pokok tu kat umah memasing..

Fadh Rahman said...

emmm tembaga suase??? daun dia panjang mcm daun mengkuang tapi xde duri tue ke? rase nyer ade mok koi tanam kat tepi umah koi tue. nanti koi tanye mok koi. dulu koi penoh seliuh main bolo, balut ngan daun tue laa. anak koi yg no 2 pun penoh seliuh tangan. lepas berurut balut ngan daun tue. memang mujarab.

Robi Hj Jemain said...

hah itulah, frd pun dah beransur kurang sakit kakinye te. dah tak pakai tongkat dah.. alhamdulillah

Maza said...

Wah, bagus betui yek daun te. Ciptaan Allah, gone nak melawannye weh. Kita kita ni lah yang membongkor rahsia dalam ciptaan Dia te. "Takde dijadikan sesuatu te sia-sia"

Molekla gitu, kalau dah beransur kurang kaki FRD te.