Pages

27 August 2009

Selamat Berpuasa


Walaupun dah 6 hari Ramadan berlalu, masih belum terlambat untuk koi ucapkan selamat berpuasa pada rodong-rodong!

73s
de 9w2rby

18 August 2009

Tanda tangan 9M2




Pada 17hb Ogos 2oo9 Isnnin jam 9 mlm berlangsungnya majlis menurunkan tanda tangan oleh dua orang 9m2 dan Pesuruhjaya Sumpah untuk melengkapkan borang permohonan untuk mendapatkan lesen pengendali radio amatur drp SKMM untuk SWAL yang baru lulus RAE.

9M2 MZR dan 9M2 JEN telah meyempurnakan tugas mereka pd malam itu, unuk rakan ham Temerloh dan Bera.
Majlis berlangsung sederhana sahaja tetapi amat meriah, diceriakan lagi oleh kehadiran 9W2 yang sama memberikan sokongan semangat untuk rakan ham yang baharu. Majlis diselang seli dengan gelak ketawa dengan aksi spontan rakan ham yang sporting . Hati yang susah akan menjadi senang apabila bertemu dan beramah mesra dengan kelompok ini.
Bila kita ada keikhlasan , kerjasama dan semangat setia kawan apa saja yang dilakukan akan mendatangkan keseronokan bahagia dan ceria , seperti slogan yang selalu kome laungkan "APA YANG PENTING, KERJASAMA"

Malam tu koi amat berbangga sekali kerana kerana salah seorang 9M2 yang menyain borang itu ialah 9M2MZR. Inilah julung kalinya borang disain oleh 9M2 daripada lokalan sendiri.
Kalau dulu masa koi nak dapatkan tandatangan 9M2 untuk menyain borang koi kena pegi KL atau Kuantan.

Ditambah pula dengan kehadiran 9M2JEN drp Shah Alam lagilah meriahnya majlis kome!!!Terima kasih yang tak terhingga kepada 9M2JEN dan rakan ham drp Shah Alam kerana sudi datang.
Memetik sepatah dua kata drp 9M2JEN dalam ucapannya pada malam itu "Radio Amatur ialah satu hobi, bila dah dikatakan hobi ianya merangkumi semua yang kita lakukan dengan gembira dan suka hati, jadi tak perlulah kita merasa tidak senang hati kepada pengendali radio amatur yang lain yang sedang berQSO dengan menekan PTT atau membuat perkara yang boleh menyinggung perasaan rakan ham yang lain" Itu satu pesanan yang patut kita patuhi. Sebagai ham radio , samasama kita terapkan nilai murni ini. Walaupun bagi ham radio dilokalan kome Temerloh dan dan Bera ni tak de lagi berlaku perkara sedemikian tapi kita kena ingat , sematkan dihati masingmasing bahawa se nya kita tak nak perkara2 yang menyinggung hati dan perasaan sesama kita berlaku. Ingatlah rodongrodong koi "IANYA HANYALAH SATU HOBI"bukannya kita dalam gelanggang gusti yang meti ada menang dan kalah.

Kepada 9M2MZR kome ucapkan tahniah!!!!Tahun depan akan muncul lagi 9M2 yang lain pula dilokalan kita INSYAALLAH. (siapa dia ? ha ini yang kita tak tau ye!!!! ha !!!! ye dak??)
Kepada 9M2JEN terima kasih sekali lagi kome ucapkan kerana sudi datang ke lokalan kome walaupun agak jauh tapi dengan semangat ham radio sampai juga anda kelokalan kome.

Kepada rakan SWAL yang baru lulus koi ucap syabas dan tahniah, kpd yang belum lulus jangan putus asa cuba lagi hujung tahun ini jangan menyerah kalah sebelum mencuba.
Kepada yang akan menduduki CW test pada bulan Oktober ni ha!!!!... berlatih setiap hari. Prektis mek perfek , kata omputih. Salah seorang drp mereka itu ialah diri koi sendiri. Bukan nak mencabar sesiapa tetapi nak mencabar diri koi sendiri.
Berbuka puasa memasak pulut,
Pulut dimakan bersama kari,
Berkata. bukan hanya dimulut,
Biarlah sampai kesanubari.

Kepada semua umat Islam koi mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.Semuga puasa kita mendapat berkat dan pahala yang melimpah ruah daripada ALLAH.
73

11 August 2009

Gula Abih??

Dalam seminggu dua ni orang cerita pasal gula,gula tak ada kat kedai. Mereka risau dan ada yang panik. Dalam surat kabor dalam TV pun ada cite pasal gula tak ada.......
Mujurlah kome sekeluarga tk kisoh ngat hae tu......Sebab kome dah lama mengamalkan menu sihat iaitu mengurangkan gula dalam minuman dan makanan. Dirumoh koi , kalau beli gula sekilo te , tahan sampae dua bulan lebih. Koi memang tak membuat kue atau bubur kat rumoh, sebab benda tu manis belaka , koi memang tak suka kalo keluarga koi makan benda manis2.
Kalo nok ngat makn kue , ha gi je gerai tempat orang jue kue kat ujung pagor cina ( nama tempat yang diberi oleh orang kerayong pada zaman jepun dulu) Bebage jenis kue ada kat situ, beli singgit dua pun dah cukup kalo nak ngat makan kue. Sambil tu boleh juga kita nolong orang jual kue tu supaya kue dia cepat abih. Lainlah kalo kita nak buat kenuri nak jamu orang makan kue.
Lagi pun masa ni banyok jenis minuman dalam bentuk 3 dlm 1 . Bancuh je!!! terus boleh minum tak perlu lagi ditambah gula atau susu sbb rasanya memang dah manis.
Biasakanlah diri dan keluarga supaya tidak mengambil gula berlebihan. Bila time minum petang atau sarapan pagi tu beli je roti atau biskut sebagai menggantikan kue manis atau nasi lemak ke roti canai ke atau makanan bergoreng, nanti bila dah selalu diamalkan kita akan jadi biasa.
biar orang kata kita pemalas nak buat makanan untuk keluarga asalkan tujuan kita tu untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kerana makanan manis dan bergoreng tidak baik untuk kesihatan kita. Kalau dah kena kencing manis lagilah....... tak boleh makan benda manis. sebelum terkena tu lebih baik kita menjaga makan minum kita. Mencegah lebih baik drp mengubati....
73