Pages

09 August 2010

QURANIC LAW of ATTRACTION?

Disini koi nak cerita sikit berkenaan dgn tajuk sebuah buku yang baru habis koi baca minggu lepas.
Buku bertajuk Quranic Law of Attraction yang ditulis oleh Rusdin S. Rauf yang koi baca ni adalah sebuah buku terjemahan.
Apa yang menarik sangat perhatian koi apa yang terkandung dalam buku ini ialah:

Pertama-Apa yang kita fikirkan hari ini menentukan apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Jika kita mahukan masa hadapan yang cemerlang, kita perlu berfikir dan mencipta keinginan kearah kecemerlangan itu.


Persoalannya, apakah kayu ukur bagi memastikan kuasa tarikan yang kita hasilkan tidak merentasi sempadan nilai? Apakah kayu ukur bagi memastikan tenaga daripada kuasa minda kita kekal dalam kerangka agama?
Jawapan nya tentulah Quran , Melalui Quran, kuasa tarikan yang terhasil diselarikan dengan petunjuk Tuhan. Fikiran dan tindakan kita juga dibentuk sesuai dengan kehendak Tuhan.
Kesannya, terhasillah kuasa tarikan yang luar biasa. Namun, yang paling utama, kuasa tarikan itu menjamin kecemerlangan yang lebih holistik, kecemerlangan dunia dan akhirat.


Buku ini mengajar kita mengenai kuasa minda.BENDA YANG SAMA TERTARIK PADA SATU SAMA LAIN. ANDA PEROLEH APA YANG ANDA FIKIRKAN. PEMIKIRAN ANDA MENENTUKAN PENGALAMAN ANDA....

Begitulah inti pati Hukum Tarikan (Law of Attraction) yang kini dipopularkan oleh buku-buku The Secret karya Rhonda Byrne 2006 , The Law of Attraction karya Esther Hick 2006 dan Michael J. Loiser 2007 dan buku A Grateful Life: Living the Law of Attraction karya Beth dan Lee McCain 2007.

Begitulah sedikit petikan yang koi ceduk daripada buku tersebut...kepada rodong2 yang suka membaca benda yang berkaitan dengan minda eloklah beli buku ni dan membacanya. Koi pasti aokme akan teruja bila membacanya..Taklah tebal sangat cuma ada 146 mukasurat je!!!

Bagi anda yang dah baca buku The Secret oleh Rhonda Byrne tentu lebih mudah memahami perbezaan antara kandungan kedua - dua buah buku tersebut.

Selamat membaca.....



9w2rby 73.

03 August 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

Salam semua, semuga rodong2 sihat dan sejahtera, selamat sejahtera hendaknya dan sentiasa berbahagia. Amin.

Dikesempatan ini koi(saya) sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Almubarak kepada rodong2 yang sudi menjenguk blog koi ni.

Semuga ibadah puasa yang akan kita lakukan nanti akan mendapat pahala dari ALLAH. Selain dari pahala puasa yang kita lakukan , banyakkan membaca Quran, berzikir dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W .

Kepada anak-anak ku , suami ku , serta seluruh ahli keluarga ku , sahabat-sahabat ku , jiran tetangga ku marilah kita berdoa semuga ALLAH memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua. Semuga kita dapat menunaikan ibadah puasa kita semua dengan mudah dan berasa bahagia. AMIN..


9w2rby 73

16 July 2010

ALEXANDER BUKAN GAY

Apabila membaca buku Alexander Adalah Zulqarnain , salah satu drp tajuk didalam buku tersebut menurut penulisnya ialah ALEXANDER BUKAN GAY.

Ianya menarik perhatian koi , lalu koi nak kongsikan bersama rodong-rodong . Bagi yang telah membaca buku ini dah tahu lah, bagi yang belum membaca lagi , kat sini koi salinkan apa yang diperkatakan dalam bab tersebut. sebelum meneruskannya, nama penulis buku ini ialah Muhammad Alexander (Penulis Nasional Bestseller YAKJUJ & MAKJUJ)


ALEXANDER BUKAN GAY

Apabila pembaca menonton filem Alexander the great yang diarahkan oleh Barat, pembaca tentu menganggap Alexander adalah gay. Gambaran yang salah berkenaan Alexander ini disebabkan kekotoran fikiran bangsa Barat yang sudah lama dicemari penyakit sosial. Didunia Barat , gaya hidup gay sudah menjadi budaya. Apabila mereka melihat dua orang dua orang lelaki sering berdua-duaan dan berpegangan tangan, kedua-duanya dianggap sebagai pasangan gay. Ini menunjukkan betapa rosaknya pola pemikiran mereka. Menurut logik itu , jika saya mempunyai sahabat lelaki dan kemudiannya berjalan berdua dengan sahabat saya di Eropah ataupun Amerika Syarikat, pasti orang tempatan menganggap saya dan sahabat saya adalah pasangan gay.


Sebaliknya apabila saya dan sahabat saya berjalan berdua di Kuala Lumpur, pasti orang tidak akan memandang negatif.Ini kerana minda masyarakat kita masih bersih dan belum tercemar sebagaimana orang Barat.

Inilah sebenarnya berlakupada Alexander. Menurut sejarah, Alexander mempunyai sahabat bernama Hephaistion. Malah Alexander melantik Hephaistion sebagai salah seorang jeneralnya.

Plutarch (120M) menyatakan semasa Alexander dan angkatan perangnya sampai di Ecbatania , Media, Hephaistion meninggal dunia. Peristiwa itu menyebabkan Alexander menangis kesedihan.

Alexander kemudian mengadakan upacara besar-besaran bagi menghormati sahabatnya. Perhatian Alexander yang berlebihan pada Hephaistion inilah yang kemudiannyaditafsirkan oleh para sarjana Barat moden sebagai petunjuk Alexander adalah gay.

Hakikat Alexander tidak mempunyai anak menguatkan lagi hujah mereka yang mengatakan Alexander adalah gay.Mereka mentafsirkan perkara ini sebagai bukti Alexander tidakmenyukai jantina lain.

Implikasinya pula adalah komuniti gay dunia moden menjadikan Alexander sebagai simbol raja mereka. Memang sesat lagi menyesatkan.

Sebenarnya Alexander the Great mempunyai anak. Antaranya adalah anak hasil perkahwinannya dengan Roxana dari Sogdian diAsia Tengah. Plutarch(120M) menyatakan Alexander mempunyai anak daripada isterinya yang bernama Roxana. Namun, Roxana dan anaknya dibunuh oleh Stateira, anak Darius III yang juga salah seorang daripada isteri Alexander.

Keadaan sosiopolitik pasca kematian Alexander menyebabkan anak-anak Alexander yang masih kecil dibunuh oleh para jeneral yang menggantikan Alexander.
Para jeneral penggantiAlexander itu tidak mahu anak-anak Alexander merebut kekuasaan yang mereka miliki. Bertitik tolak daripada sini timbulnya isu Alexander tidak mempunyai anak kandung.

Tetapi adakah hanya kerana dua alasan ini maka Alexander dianggap sebagai gay?


1. Alasan pertama adalah hakikat Alexander menangisi kematian sahabatnya.

2.Alasan kedua adalah Alexander dianggap tidak mempunyai anak.

Dua perkara inil adalah kesalahan yang besar . Terdapat ungkapan indah dalam al-Quran iaitu "Daripada pohon yang baik akan keluar buah yang baik." Begitu juga sebaliknya iaitu, "Daripada pohon yang buruk akan keluar yang buruk pula."

Inilah ungkapan indah dalam al-Quran berkenaan orang yang beriman . Mereka dilambangkan dengan perkataan , 'pohon yang baik'. Pohon yang menghasilkan pelbagai kebaikan.




Sekian untuk kali ini..

9w2rby 73