Pages

14 April 2010

selamat berjumpa lagi rodong

Telah sekian lama koi menyepikan diri drp berkata-kata diblog koi ni , makanya ari ni koi luangkan masa untuk menjenguk kesini buat mengubat hati yang rindu kpd rodong semua.


Koi menyepikan diri tak bermakna idup koi dalam sepi, merioh ngat!! cuma koi ketandusan idea sejak kebelakangan ni.


koi pegi blog koianakpahang, wee blog dia dah betuko wajah... ceria amat koi tengok. lantas ku terlihat B Krayong , koi terus klik , terlihatlah paparan blog koi sendiri.....


Rasa sedih , terharu, pilu kerana walaupun dah lama koi tak meng updatekan blog koi ni keknya masih ada lagi rodong yang datang melawat blog koi yang tak sepertinya ini.


terima kasih rodong,atas keperihatinan aokme kerna emboh lagi menjenguk blog koi ni. sampai jumpa lagi, salam kerodongan drp koi semuga kita dapat jumpa lagi dialam maya ini, semuga aokme berada dalam keadaan selamat sejahtera dan sihat sejahtera setiap masa. Amin..73 BYE

13 March 2010

SAMBAL BERUK

Alhamdulillah....kenyang!!





Ari ni kome sekeluarga makan tengahari dengan begitu berselera sekali, maklumlah jarang-jarang dapat makan bersama-sama. Memasing ander hae belaka.



Ari ni koi tamboh satu menu dalam hidangan tengahari iaitu sejenis sambae yang dinamakan sambae 'beruk'...



Jangan terkejut 'beruk' pulak!!! Bukanlah beruk te yang koi ambik, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu dan buat sambae , namanya je 'beruk' , takde kaitan laluuuu dengan 'dia' te!!!



Koi pun pelik juga ngape ia dinamakan sambae 'beruk'...lupa lah pulok koi nak menanya pada orang yang bertanggung jawab mengajor koi cara -cara membuat sambae ni sehingga ia dinamakan begitu rupa.



Mudoh ya amat nak membuat sambae ni, terpulang pada nok ngan tak nok jek. Orang yang bertanggung jawab menunjukkan koi cara membuat sambae ni tak lain tak bukan ialah besan koi juga... Dia ni memang orang yang rajin dan pandai memasak. Mudoh-mudoh je resepi masakannya...keknya sedap rasanya dan menyelerakan.



Pendekkan cerita!!( kalo panjang-panjang nanti aokme malas membacanya)









Cara-cara nak membuat sambae 'beruk'

7-9 biji lada kecik, 3-5 biji bwg merah kedua-duanya digoring hingga layu dan kekuningan.Tomato sederhana besar dipotong kecil-kecil. Sedikit belacan,garam gula. Lada kecik bawang merah ditumbuk dgn lesung batu,bubuh garam gula dan belacan bila dah lumat masukkan tomato lumat-lumatkan bila dah bercampur perahkan air asam limau nipis. mmmmm...

Lepas tu boleh makan , cicah dengan ulam atau dengan ikan goreng pun boleh.. selamat mencuba.

9w2rby ...73....

01 January 2010

Selamat menyambut tahun baru

Selamat menyambut tahun 2010 kepada semua rodong-rodong. Biasanya bila masuk tahun baru , kita ada azam baru, kali ni mende pulok azam kite yek?

Mcm koi biasalah, sokmo berdoa semuga tahun ini akan lebih baik drp tahun 2009. Selamat sejahtera dan sihat sejahtera kome seisi keluarga. Untuk anak-anak koi Mazru Maza Firdaus Marina Zana , ma sentiasa mendoakan kesejahteraan aok me , semuga berjaya didunia dan diakhirat.

Untuk suami yang dikasihi semuga kita dapat mengharungi gelombang kehidupan ini dengan penuh ketenangan dan penuh tawakkal. Koi bangga dengan ketabahan aok dan segalanya akan dapat kita realisasikan INSYAALAH.

Cucu-cucu wan yang dikasihi aokme kenit ngat lagi untuk mengerti kan perjuangan hidup ni!! Keknya wan yakin dengan bimbingan mok ayoh aokme , aok seme akan menjadi orang yang berjaya bila besor nanti.

Biasakan diri aokme supaya jadi orang beguna untuk keluarga agama bangsa dan negara..... Bior jadi orang yang menyanangkan orang lain jangan jadi orang yang menyusohkan orang lain...
Kehadiran kita dinanti-nanti dan ketiadaan kita dicari-cari.

SELAMAT TAHUN BARU 2010.

9w2rby 7 3.