Pages

22 December 2009

NASI LEMAK vs SALAD

Masuk ari ni dah dekat 2 bulan koi meninggalkan hobi koi yang amat koi cintai iaitu membaca buku dan dah 2 bulan lebih koi tak menjejakkan kaki koi kekedai buku kegemaran koi te... Popular, MBH,Kinokunia dll.

Bukan kerana koi nak tinggalkan hobi koi te , keknya masa ni jadual harian koi ada perubahan. Selain daripada tugas-tugas rasmi koi sebagai pemantau rumahtangga 24 jam, koi turut membantu bisnes mok ngan adik koi didepan rumoh.....

Nak kata warung bukan warung , nok kata gerai bukan gerai , nok kata restoran lagilah dok nya... Koi kenan menyebutnya 'cafe' . Cafe yang berkonsepkan suasana dalam kebun...
Sebabnya meja tempat makan pelanggan diletokkan dibawah pokok buluh dan pokok mempelam, hah santai gituuuu......

Productnya makanan utama rakyat Malaysia , nasi lemak dan roti canai ditambah dengan minumannya teh tarik!!!!!


Dari segi kesihatan memanglah tidak molek tiap-tiap ari makan nasi lemak dan roti canai tapi mende tu jek lah yang kome jual, Rata-rata pelanggan yang datang 70% orang yang sama setiap hari, selebihnya pelanggan baru bersilih ganti.
Terpikir dalam ati koi, deme ni tak jemu ke makan makanan yang sama setiap ari.

Koi membayangkan dalam minda koi, mengkala nak jaga kesihatan koi tak endok jual nasi lemak. Koi membayangkan kalo koi buka kedai jual salad sayur-sayuran dengan sandwich, rasanya tak jenguk dek orang cafe kome ni....

Keknya nak gonekan kita lebih utamakan nafsu makan daripada menjaga kesihatan. Kebanyakkan daripada kita lebih mementingkan rasa enak dalam makanan yang kita makan daripada memikirkan apakah zat atau khasiat yang terdapat dalam makanan kita itu.


Baru-baru ni Menteri PDNKK Dato' Sri Ismail Sabri telah melancarkan kempen mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman(1 PENGGUNA 1SUARA) Satu langkah yang baik daripada kerajaan, untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan dan seterusnya mencegah daripada penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi.

Walaupun telah ramai menyedarinya tapi masih ada lagi golongan masyarakat yang masih tak berapa cakna dengan pekara ini.

Apa pun kempen yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, tapi yang nak menjayakan sesuatu kempen itu ialah diri kita sendiri..... Kita harus sedar pekara ini.....
Jika kita tidak ambil peduli , yang rugi diri kita sendiri , bagaimana suatu hari nanti negara kita dipenuhi dengan rakyat yang dipotong kaki akibat diabetes?....Renung-renungkanlah.
Setiap dari kita harus ada kesedaran "Mencegah lebih baik daripada mengubati"


Sepatutnya koi tak bincangkan perkara ni sebab koi pun terlibat dalam bisnes nasi lemak, tapi atas sebab kesedaran sendiri, pandai-pandailah menjaga makan , lepas makan makanan yang tinggi kabohidratnya bakarlah ia supaya lemak bertukar menjadi tenaga... barulah kesihatan boleh menten. Kepada rodong-rodong dan pelanggan koi yang dihormati terima kasih atas sokongan aokme selama ini.........


Drp 9w2rby 7 3

6 comments:

mazru said...

bile dah sedap te org tak kire dah sehat ke tak sehat..slg tak kenyang perut slg tulah di bahamnye..

Fadh Rahman said...

makin hari makin ramai...cuma se jer yg koi rasa agak merbahayakan iaitu gerai te dok entang selekoh...payoh org nak parking masuk dan keluar dari simpang...moga terus maju.

bikrayong(9w2rby) said...

ye mazru biasanya org mengikut
nafsu drp memikirkan akibat.



Fadh, betui kata aok te! selalu ngat dah kete brek secara tetibe bila ada kete yg nak masuk kekawasan cafe kome te.

CekWa said...

memang betui ngat kesihatan kena jaga, lebih2 lagi yang dah memang terlebih kolesterol dlm badan..tapi baru ni wa bedal 3 bungkus nasi lemak te siap bungkus bawak balik kuantan ..adesss

Firdaus Kerayong CW said...

keknye nak gone kan... dah nasik lemok anda sedap sangat, le ni koi takmboh da makan nasik lemok orang lain, nok antok anda je

Maza said...

Hehe... memang ye la weh. Hok sedat te la orang carinye.. Kesihatan? Bila doktor dah sohkan ada penyakit baru la nak berpantang.

Harapnya dok la gitu. Tapi ramai yang gitu.... masalah problem betul..