Pages

12 November 2009

ROTI CANAI JADI TETEPEK

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini koi terlibat dalam perniagaan makanan walaupun kecil kecilan keknya letih juga weh!

Sebenornya bukan koi buka restoran koi cuma nolong adik koi 9w2ybc buka gerai jual nasi lemak dan roti canai kat tepi jalan depan rumoh mok kome.
Kedai mula beroperasi seawal pukul 6.30 am. Biasanya pukul 10.30 am atau paling lewat pukul 11 .30 am semua makanan habis dijual.

Memandangkan pelanggan bertambah ramai pada setiap hari jadinya koi kena nolong dia tiap tiap hari kecuali hari Jumaat kome tak meniaga.

Dah nak menjadi rezeki .... nasi lemak dan roti canai kome menepati citarasa ramai pelanggan. Pelanggan yang ni kebanyakannya daripada kawasan sekitar, ada juga 'walk in custome'...

Bila dah ramai te karang,kome pun sibuk melayan kehendak pelanggan , ada yang minum dan makan disitu ada juga yang tapau bawa balik, maklumlahkan!! "kastemer is olwe rait"

Bila teringat balik kerenah pelanggan masa mereka datang kegerai kome , ni yang koi teruja nak nulis n3 ni.
Ada pelanggan yang kurang sabar, ada yang cepat merajuk ada yang sporting, ada juga yang lucu.
Ada sorang pelanggan te, dia nk makan roti canai, dia kata "Koi nok tetepek" mujorlah koi cepat dapat tangkap mende yang dia maksudkan 'tetepek' te..... Ada juga yang gelor lempeng. Hmmmm.. bebage weh!!

Walau benggoner lah kerenah pelanggan ni tapi kome tetap tersenyum melayan demer. Bagi diri koi pulok koi selalu beranggapan gini... mengkala nak dapat pelanggan yng baik peniaga kena lah jadi peniaga yang baik juga baru ngam!

Satu lagi yang pentingnya peniaga terutama peniaga kedai makan , janganlah meletakkan harga makanan sesuka hati, nampak je kedai dah ramai pelanggan mulalah nak menaikkan harga, itu satu perkara yang patut kita elakkan. (1 PENGGUNA 1 SUARA)

Gitu juga dalam masa kita berkerja, apaapa kerjalah. Mengkala buat kerja biarlah dengan hati yang ikhlas, sabar, suka hati dan rasa senang barulah apa saja yang dibuat akan menjadi mudah dan senang, kerja berat menjadi ringan. Itu yang selalu koi ingatkan kepada diri koi keluarga koi dan anakanak koi juga.

Keknya mengkala buat kerja dengan rusuh, muka berkerut, marah, bibir muncong sampai boleh dibuat tempat menggantung baju, alamatlah kerja yang dibuat akan menjadi susoh.
Macamana berkerutnya muka aok te , ha gitulah berkerutnya kerja yang dibuat, mungkin terus tak menjadi.

Ini memang betul, diambil daripada pengalaman koi sendiri. Kalo buat sesuatu kerja dengan rasa menyampoh memeng kerja yang dibuat tak menjadi atau kalo jadi pun tak sempurna.


Fikirkanlah renungkanlah, ambil iktibar , teladan dan pengalaman serta terjemahkan jadi motivasi diri sendiri(untuk anakanak koi)

Ceria ceriakan hidup sebab hidup didunia ini tidak lama..........




9w2rby 73

5 comments:

Fadh Rahman said...

terma kasih embong sbb kongsi cerite ngan kome...mmg sedap dan lazat roti ngan nasi lemak te...koi peratikan makin hari makin ramai yg datang...alhamdulillah, koi tumpang bangga walau niat koi nak bukak bisnes sendiri xtercapai lagi...moga perniagaan warung te makin maju dan mendapat sambutan ramai.

bikrayong(9w2rby) said...

tima kasih fadh,doa aok untuk kome. ayahanda aok selalu datang beli nasi lemok

mazru said...

ma ngape roti te lama ke kenit je koi tengok...hehehhe gurau jek

bikrayong(9w2rby) said...

tima kasi mazru,komen yang mcm ni lah kome perlukan,boleh membaiki kelemahan yang ada

CekWa said...

amboi...sejak akhir-akhir ni 'bahasa jiwa bangsa' yek....
bagus lah kalu semua orang ada sikap positif sentiasa dlm hidup, pasti bahagia hidup ni dunia akhirat..