Pages

28 July 2009

Lawatan ke Kelantan

Pengerusi JKPD Bera menyampaikan cenderahati kepada Pegawai PUSPEN Wanita bachok
Pendengar taklimat yang diberikan oleh Pegawai di Pusat tersebut

Kome sempat juga melawat ke kilang membuat kain tenun cara moden menggunakan mesin.


Turut serta dalam lawatan kome dari kiri: Asmah,Salina,Maznah



Melihat projek ternakan ikan keli kanvas oleh peserta di AADK Kota Bharu



Pada 24, 25 , 26 julai bebaru ni koi bersama rodong drp AADK Bera dan JKPD Bera mengadakan lawatan k sambil belajar ke Kelantan.
AADK(Agensi Anti Dadah Kebangsaan) JKPD (JawatanKuasa Pemulihan Dadah)
Pertamatama koi mengucap syukur kpd ALLAH kerana dgn izin Nya perjalanan kome kesana selamat pergi dan balik.
Tempat tempat yang kome lawati ialah pada hari pertama ke Pusat Khidmat AADK Daerah Kota Bharu dan selepas tu pergi ke Pusat Ujian Urin di Pengkalan Kubor.

Pada hari tu selepas mendengar taklimat drp pegawai bertugas di kedua2 pusat tersebut kome diberi peluang utk pergi ketempat menyoping Pengkaalan Kubor. bagi koi itulah kali pertama koi sampai kesitu , dulu dengor cite drp rerodong jek. dek kerana terlampau banyok kedai yg menjual bemacammacam bende koi jadi rambang mata tak reti mana satu yang nak di beli. Last2 koi beli buoh mempelam buat makan dlm bas dgn selimut kecik sebab dalam bas kome te sejuk kemain.

Malam te kome menginap di Penuh Inn di WCY(Wakaf Che Yeh) tempat tu memangnya penuh dgn pengunjung. dibawah tempat kome menginap te ada pulok pasar mlm yang diadakan pada setiap malam dan berlarutan hingga subuh. Walaupun riuh rendah dgn bunyi org ramai yg berkunjung dan org meniaga kome tido memengsan dek keletihan.

Hari berikutnya kome melawat kePuspen Wanita Bachok. PUSPEN(Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik) .Satu2nya pusat serenti utk wanita diMalaysia dn seluruh Asia Tenggara.
Terdapat seramai 137 org penghuni disitu yg terdiri drp pelbagai kaum yg ada diMalaysia. Penghuni paling tua 60 thn dan paling muda 14thn. begitulah sebagaimana yang disampaikan oleh pegawai yang bertugas kepada kome pada pagi tu. kome juga di beri peluang untuk menemu ramah (penghuni yang terpilih) yang sudah 90% pulih. Melihat mereka hati teringatkan anak dirumah, sedih, kesian ,insaf dan bebagai perasaan timbul dibenak ketika itu. Kome juga sempat melihat hasil kerja tangan penghuni dan seterusnya membeli hasil kerja tangan mereka untuk dijadikan kenangan(lebih kepada nak bersedekah). Tiba waktu makan tengahari kome dijamu dgn nasi. sedapnya lauk , tambahan pula perut tgh lapo.Habis sesi lawatn ke situ , kome pun bersedia utk pulang kePahang.
Mengimbas kembali sesi lawatan ketiga tiga tempat yg kome kunjungi itu ,kome pulang dgn hati yg penuh keinsafan dan kesedaran. Lawatan kome ini sangat besar ertinya bagi diri koi .
Dlm perjalanan pulang koi kerap kali tetido dek keletihan. Menginsafi dari apa yg koi lihat di PUSPEN hati koi berkata dapatkah kita mencapai hasrat Malaysia bebas dadah pada tahun 2015 nnti?INSYAALLAH
Kpd AADK Bera danJKPD Bera koi ucapkan terima kasih.Semuga usaha murni ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan juga keinsafan untuk kita sebagai warga negara yang cintakan tanah air bangsa dan agama untuk sama2 memerangi dadah . Kalo tak kita sape lagi yek.....73

5 comments:

Fadh Rahman said...

amboi embong...jauh berjalan bertambah pengetahuan...ada masa kongsi2 laa dengan kome yg xpergi nie.

Faizal R said...

amboi seronoknya berjalan

Maza said...

2015 0 dadah. Kalau semua berkerjasama, insya Allah.

Faizal R said...

insyaAllah

mazru said...

ye ye..mama da balik! ade bwk buah tangan x ma..